Nesa Wazir

Thursday, August 11, 2016

Setelah sekian lama..

Dah lama nesa x update blog ni. Last update bulan May tahun 2013..dah dekat 3 tahun. Dan dalam 3 tahun ni dah macam2 yang berlaku. Ada yg gembira dan ada yg sedih. So jap lagi nesa akan cerita sedikit sedutan2 nya. Sebelum tu nesa nak berterima kasih pada kawan2 yg masih sudi singgah blog nesa yang berkonsep syok sendiri ni. hahah! Terima kasih yaa~ >,<
 
Dalam bulan September 2014
Nesa ambil keputusan untuk sambung belajar sambil bekerja.

Pada 19 Julai 2015
Nesa selamat diijabkabulkan dengan kawan baik nesa sendiri..weee~ (gambar kat sidebar). Sampai sekarang pun rasa susah nak percaya. Tapi tu lah, orang kata jodoh. Nesa jumpa dia pun dalam online game. Dan majlis perkahwinan kami sangat simple, dimeriahkan dengan saudara mara dan jiran2.


Dalam bulan Ogos 2015
Tak lama selepas tu, nesa berjaya siapkankan thesis dan graduate. Dalam bulan yang sama juga nesa diterima berkerja di sebuah kolej swasta di Penang sebagai tenaga pengajar. Masa ni nesa rasa sangat2 bertuah sebab akhirnya nesa berjaya capai profesion yg nesa impikan xD


Pada penghujung bulanNovember 2015
Sekali lagi nesa terima berita gembira. Nesa pregnant. Memang happy sangat bila dapat tau (siapa yg pernah melaluinya mesti faham kan ^^) Masa ni lah nesa mula mengambil tahu hal2 pasal baby, penjagaan kesihatan, alergi, dan sebagainya.

Pada awal bulan April 2016
Baby nesa lahir pada 7 April 2016, tetapi xdapat survive dan meninggal dunia pada 8 April. Inilah dugaan paling besar yg nesa pernah alami. Hampir beberapa minggu nesa hanya mendiamkan diri dan cuba menerima kenyataan. Akhirnya nesa redha dengan ketentuan-Nya.

Sekarang nesa dah pun habis tempoh berpantang dan kembali bekerja seperti biasa. Itulah sedikit sebanyak perkara yang terjadi dalam kehidupan nesa sepanjang 3 tahun ni. Masih banyak lagi yang nesa nak buat, nak explore, nak cuba..jadi harap2 dipanjangkan umur! ;D

Sunday, August 11, 2013

3 hari di hari raya..

Nesa dapat cuti 2 minggu raya ni..yay! ><
Nak ceritalah sikit pengalaman raya nesa selama 3 hari ni.
Hari raya pertama nesa ke rumah Wan, x jauh pun dari rumah nesa. Memandangkan nesa memang anak jati Temerloh, mak, ayah, wan, sume asal Temerloh, jadi xdelah istilah balik kampung sangat sebab memang semua pun tinggal satu kampung. Wan ada masak ketupat ngan lontong..sedappp. Kat sinilah semua sedara mara berkumpul. Tahun ni nesa dah start bagi duit raya..masa utk memberi plk selama ni menerima..hehe.




Hari raya kedua nesa tunggu orang plk kat rumah. Tiba petang baru pergi rumah jiran2. Rumah Acu kat sebelah ada bahulu bentuk ikan yg nesa cari. Lepas jgk hajat.


Hari raya ketiga, oh semalam! nesa ngan family jalan2 je kat mall. Adik dah banyak kumpul duit raya nak belanja makan, rezeki jgn ditolak.

Selamat hari raya, nesa minta maaf kalau ada tersalah terkasar bahasa..moga raya kali ini cukup bermakna buat semua :D


Thursday, May 9, 2013

Kisahnya PRU13!

Oh, jangan risau. nesa bukan nak cakap pasal politik pun. cukuplah news feed kat facebook, macam2 kisah ada. ye, nesa faham : /

Nesa nak kongsi je pengalaman mengundi buat pertama kali.

Nesa pegi mengundi tau hari tu. Meriah betul! macam hari raya. Sampai je nesa kat tempat mengundi orang dah sambut. nesa senyum je. dah ada pilihan sendiri..hehe. Kat facebook nesa penuh gambar jari ink biru, mulanye nak snap jugak, tapi malu sebab waktu tu nesa main conteng2 inai kat jari. aha spoil btul! xD

Pastu bila dah cek pendaftaran akak tu suh nesa pegi kat bilik yg dah ditetapkan. blur kejap. nak buat ape ni. kat mana ni. (nesa x biasa dengan tempat tu) pastu ade abg polis tolong. fuh, nasib baik!

Masa nak keluar dari pagar tu nesa dengar bunyi bising, macam orang bergaduh. Tapi nesa x amik tau la pulak. Cuma dengar macam ada orang sebut 'x adil, x boleh'. Ah, nothing to do here. masuk kereta


Macam tu lah sedikit sebanyak pengalaman nesa. Jangan gaduh2 ye :D

Wednesday, May 8, 2013

Hey Big Spender!

Start daripada gaji pertama nesa beberapa bulan lepas, nesa pun kononnya terus berazam. Yah! inilah masanya untuk menyimpan! Amik lesen, beli kete, beli rumah, makan angin, bla bla bla... Siap mintak Abg Afif bagi gaji setengah2, takut nesa abiskan duit pulak nanti kalau amik gaji bulanan.

(Tapi hasilnye same je. Lol!)


Dengan perpegang pada keazaman yang tinggi (masa tu) Nesa pun mula dengan beli satu buku nota kecik. Kat sini nesa catat duit keluar dan masuk secara kasar. Resit2 ATM ngan bli barang kat Tesco pun nesa simpan skali dalam buku ni.


Tapi agaknye, sebab menyimpan macam x berapa menjadi..(actually x menyimpan mana pun) so, nesa macam give up dgn idea so called 'buku catatan simpanan' ni. Someone cakap kat nesa, jangan risau sangatlah! enjoy your life. Baru nak mula. Kalau nak simpan pun sikit2 sudahlah..nanti adalah rezeki tu.

Dalam nesa sibuk mencari cara untuk menyimpan, nesa terjumpa satu kata2.. 'Don't spend less than you earn, earn more than you spend'. Bunyinya memang agak sama, tp bila fikir semula,,why not? why spend less when you can spend more.


Cuma perlu kreatif sikitlah dalam mencari pendapatan. And of course! rajin ye kawan2. muehehe ;D

Monday, March 18, 2013

Avatar nesa

Hi!

Dulu blog nesa memang bermulanya sebagai blog komik. Kalau korang kawan blog nesa yang lama mesti ingat mereka ni.

Bermula dengan komik 'Aku Nesa' watak yg rambut kuning tu adalah yg paling awal nesa reka sebagai avatar nesa. Waktu ni nesa lukis tangan sebab tak berapa reti guna apa2 software lagi. Lepas tu nesa dah pandai guna Adobe Illustrator, nesa pun tukar watak jadi macam yang kelabu tu.

Lepas nesa buat blog baru, nesa masih nak kekalkan blog ni sebagai blog komik tapi rasanya terlebih post gambar pulak. Avatar nesa pun dah jadi tak konsisten. Kejap tukar-tukar macam ni :/


So, nesa dah buat watak baru! tadaa..

..helo helo..hehe :D