Sebab ari 2 dah cerita pasal rumah 22 tingkat, kali ni nak cerita pasal lif nye pulak. Nesa memang x berkenan naik lif ni. Kalau takat dua tiga tingkat rasenye gagah je nak daki tangga. Tapi kalau macam sekarang ni, tingkat 22 oke, tertanggal la kaki mak nakk..hoho! Sebenarnye nesa ade kenangan yg tak berapa indah dengan lif ni.
Pernah sekali, nesa dgn 2 orang kawan naik lif kat satu bangunan rumah flat. Dalam lif tu ada ramai la jugak, ada auntie, pak Arab dan 2 orang anak beliau dan 2 atau 3 orang lagi insan2 yg lain. Tiba-tiba!....buk! lif tu macam tenggelam sikit. (sound effect 'buk' menunjukkan lif dah tenggelam..sebenarnye xde bunyi..haha). Semua dah buat poker face, auntie kat belakang dah panik! 'apa pasai? apa pasai?'..mase tu, nesa ngan 2 org kawan nesa ni yg paling dekat dgn pintu lif ..cuba tekan butang kecemasan beberapa kali tapi pintu lif x bukak! oh mai! tolonglah jangan main2 wahai lif yg kacak dan budiman...waktu tu terus fikir..adakah aku akan mati kat sini secara sesak nafas beramai-ramai kerana kekurangan oksigen..Makkk! Ayahhhh!!

