Nesa Wazir: Setelah sekian lama..

Thursday, August 11, 2016

Setelah sekian lama..

Dah lama nesa x update blog ni. Last update bulan May tahun 2013..dah dekat 3 tahun. Dan dalam 3 tahun ni dah macam2 yang berlaku. Ada yg gembira dan ada yg sedih. So jap lagi nesa akan cerita sedikit sedutan2 nya. Sebelum tu nesa nak berterima kasih pada kawan2 yg masih sudi singgah blog nesa yang berkonsep syok sendiri ni. hahah! Terima kasih yaa~ >,<
 
Dalam bulan September 2014
Nesa ambil keputusan untuk sambung belajar sambil bekerja.

Pada 19 Julai 2015
Nesa selamat diijabkabulkan dengan kawan baik nesa sendiri..weee~ (gambar kat sidebar). Sampai sekarang pun rasa susah nak percaya. Tapi tu lah, orang kata jodoh. Nesa jumpa dia pun dalam online game. Dan majlis perkahwinan kami sangat simple, dimeriahkan dengan saudara mara dan jiran2.


Dalam bulan Ogos 2015
Tak lama selepas tu, nesa berjaya siapkankan thesis dan graduate. Dalam bulan yang sama juga nesa diterima berkerja di sebuah kolej swasta di Penang sebagai tenaga pengajar. Masa ni nesa rasa sangat2 bertuah sebab akhirnya nesa berjaya capai profesion yg nesa impikan xD


Pada penghujung bulanNovember 2015
Sekali lagi nesa terima berita gembira. Nesa pregnant. Memang happy sangat bila dapat tau (siapa yg pernah melaluinya mesti faham kan ^^) Masa ni lah nesa mula mengambil tahu hal2 pasal baby, penjagaan kesihatan, alergi, dan sebagainya.

Pada awal bulan April 2016
Baby nesa lahir pada 7 April 2016, tetapi xdapat survive dan meninggal dunia pada 8 April. Inilah dugaan paling besar yg nesa pernah alami. Hampir beberapa minggu nesa hanya mendiamkan diri dan cuba menerima kenyataan. Akhirnya nesa redha dengan ketentuan-Nya.

Sekarang nesa dah pun habis tempoh berpantang dan kembali bekerja seperti biasa. Itulah sedikit sebanyak perkara yang terjadi dalam kehidupan nesa sepanjang 3 tahun ni. Masih banyak lagi yang nesa nak buat, nak explore, nak cuba..jadi harap2 dipanjangkan umur! ;D

1 comment:

cEro said...

Welcome back, Nesa.

Tak sangka dalam 3 tahun sudah banyak Nesa lalui.
Tahniah sebab sudah menjadi isteri orang.
Yang mana cerita sedih itu, harap Nesa boleh terus kuat dan pandang ke depan.
Anak syurga akan menunggu Nesa di sana.