Nesa Wazir: friends
Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

Setelah sekian lama..

Dah lama nesa x update blog ni. Last update bulan May tahun 2013..dah dekat 3 tahun. Dan dalam 3 tahun ni dah macam2 yang berlaku. Ada yg gembira dan ada yg sedih. So jap lagi nesa akan cerita sedikit sedutan2 nya. Sebelum tu nesa nak berterima kasih pada kawan2 yg masih sudi singgah blog nesa yang berkonsep syok sendiri ni. hahah! Terima kasih yaa~ >,<
 
Dalam bulan September 2014
Nesa ambil keputusan untuk sambung belajar sambil bekerja.

Pada 19 Julai 2015
Nesa selamat diijabkabulkan dengan kawan baik nesa sendiri..weee~ (gambar kat sidebar). Sampai sekarang pun rasa susah nak percaya. Tapi tu lah, orang kata jodoh. Nesa jumpa dia pun dalam online game. Dan majlis perkahwinan kami sangat simple, dimeriahkan dengan saudara mara dan jiran2.


Dalam bulan Ogos 2015
Tak lama selepas tu, nesa berjaya siapkankan thesis dan graduate. Dalam bulan yang sama juga nesa diterima berkerja di sebuah kolej swasta di Penang sebagai tenaga pengajar. Masa ni nesa rasa sangat2 bertuah sebab akhirnya nesa berjaya capai profesion yg nesa impikan xD


Pada penghujung bulanNovember 2015
Sekali lagi nesa terima berita gembira. Nesa pregnant. Memang happy sangat bila dapat tau (siapa yg pernah melaluinya mesti faham kan ^^) Masa ni lah nesa mula mengambil tahu hal2 pasal baby, penjagaan kesihatan, alergi, dan sebagainya.

Pada awal bulan April 2016
Baby nesa lahir pada 7 April 2016, tetapi xdapat survive dan meninggal dunia pada 8 April. Inilah dugaan paling besar yg nesa pernah alami. Hampir beberapa minggu nesa hanya mendiamkan diri dan cuba menerima kenyataan. Akhirnya nesa redha dengan ketentuan-Nya.

Sekarang nesa dah pun habis tempoh berpantang dan kembali bekerja seperti biasa. Itulah sedikit sebanyak perkara yang terjadi dalam kehidupan nesa sepanjang 3 tahun ni. Masih banyak lagi yang nesa nak buat, nak explore, nak cuba..jadi harap2 dipanjangkan umur! ;D

Tuesday, March 12, 2013

On my birthday!

Hi!

Birthday nesa tahun ni, mmg full of surprises! Boss bagi cuti balik kampung seminggu, hah! yang ni memang best. Seminggu ni nesa spend time ngan family habis habisan. Mak nesa masak best2 pulak tu, x sia-sia ikat perut sikit sebelum balik kampung. Macam balas dendam pulak bila sampai rumah. haha!

Hari pertama sampai je mak masakkan nesa punye feveret, ikan patin masak tempoyak! Kalau balik Temerloh tak makan ikan patin mana boleh...the best you can get! *thumbs up

Pastu masa birthday nesa, adik nesa masakkan nasi ayam. Yang ni memang kepakaran dia. Dan tanpa pengetahuan nesa dia dah buat kek yg besar..mak cakap dia buat pukul 3 pagi. sobs. Walaupun my adik tu selalu buat muka tak ada perasaan, tak sangka rupanya dalam hati ingat juga kat i.. T_T

It's a four layered choc cake! 

Dan selepas seminggu bercuti, nesa kembali semula ke Penang. My bestfriend pulak buat surprise. Dia hadiahkan jam tangan. Seingat nesa, penah mention pasal jam tangan ni, tapi macam gurau2 je, she actually remembers it and here it is, on my wrist, ticking so gracefully~ @_@


Nesa sangatlah terharu sebenarnya. Terima kasih banyak2 pada yang ingat. Umur nesa sudahpun masuk 24 tahun. Nesa harap untuk terus berjaya pada masa akan datang. Selain dari mengharap kebahagiaan untuk diri sendiri, nesa harap juga orang sekeliling merasa bahagia berada di samping nesa..