Nesa Wazir: Event
Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

Setelah sekian lama..

Dah lama nesa x update blog ni. Last update bulan May tahun 2013..dah dekat 3 tahun. Dan dalam 3 tahun ni dah macam2 yang berlaku. Ada yg gembira dan ada yg sedih. So jap lagi nesa akan cerita sedikit sedutan2 nya. Sebelum tu nesa nak berterima kasih pada kawan2 yg masih sudi singgah blog nesa yang berkonsep syok sendiri ni. hahah! Terima kasih yaa~ >,<
 
Dalam bulan September 2014
Nesa ambil keputusan untuk sambung belajar sambil bekerja.

Pada 19 Julai 2015
Nesa selamat diijabkabulkan dengan kawan baik nesa sendiri..weee~ (gambar kat sidebar). Sampai sekarang pun rasa susah nak percaya. Tapi tu lah, orang kata jodoh. Nesa jumpa dia pun dalam online game. Dan majlis perkahwinan kami sangat simple, dimeriahkan dengan saudara mara dan jiran2.


Dalam bulan Ogos 2015
Tak lama selepas tu, nesa berjaya siapkankan thesis dan graduate. Dalam bulan yang sama juga nesa diterima berkerja di sebuah kolej swasta di Penang sebagai tenaga pengajar. Masa ni nesa rasa sangat2 bertuah sebab akhirnya nesa berjaya capai profesion yg nesa impikan xD


Pada penghujung bulanNovember 2015
Sekali lagi nesa terima berita gembira. Nesa pregnant. Memang happy sangat bila dapat tau (siapa yg pernah melaluinya mesti faham kan ^^) Masa ni lah nesa mula mengambil tahu hal2 pasal baby, penjagaan kesihatan, alergi, dan sebagainya.

Pada awal bulan April 2016
Baby nesa lahir pada 7 April 2016, tetapi xdapat survive dan meninggal dunia pada 8 April. Inilah dugaan paling besar yg nesa pernah alami. Hampir beberapa minggu nesa hanya mendiamkan diri dan cuba menerima kenyataan. Akhirnya nesa redha dengan ketentuan-Nya.

Sekarang nesa dah pun habis tempoh berpantang dan kembali bekerja seperti biasa. Itulah sedikit sebanyak perkara yang terjadi dalam kehidupan nesa sepanjang 3 tahun ni. Masih banyak lagi yang nesa nak buat, nak explore, nak cuba..jadi harap2 dipanjangkan umur! ;D

Sunday, August 11, 2013

3 hari di hari raya..

Nesa dapat cuti 2 minggu raya ni..yay! ><
Nak ceritalah sikit pengalaman raya nesa selama 3 hari ni.
Hari raya pertama nesa ke rumah Wan, x jauh pun dari rumah nesa. Memandangkan nesa memang anak jati Temerloh, mak, ayah, wan, sume asal Temerloh, jadi xdelah istilah balik kampung sangat sebab memang semua pun tinggal satu kampung. Wan ada masak ketupat ngan lontong..sedappp. Kat sinilah semua sedara mara berkumpul. Tahun ni nesa dah start bagi duit raya..masa utk memberi plk selama ni menerima..hehe.




Hari raya kedua nesa tunggu orang plk kat rumah. Tiba petang baru pergi rumah jiran2. Rumah Acu kat sebelah ada bahulu bentuk ikan yg nesa cari. Lepas jgk hajat.


Hari raya ketiga, oh semalam! nesa ngan family jalan2 je kat mall. Adik dah banyak kumpul duit raya nak belanja makan, rezeki jgn ditolak.

Selamat hari raya, nesa minta maaf kalau ada tersalah terkasar bahasa..moga raya kali ini cukup bermakna buat semua :D


Thursday, May 9, 2013

Kisahnya PRU13!

Oh, jangan risau. nesa bukan nak cakap pasal politik pun. cukuplah news feed kat facebook, macam2 kisah ada. ye, nesa faham : /

Nesa nak kongsi je pengalaman mengundi buat pertama kali.

Nesa pegi mengundi tau hari tu. Meriah betul! macam hari raya. Sampai je nesa kat tempat mengundi orang dah sambut. nesa senyum je. dah ada pilihan sendiri..hehe. Kat facebook nesa penuh gambar jari ink biru, mulanye nak snap jugak, tapi malu sebab waktu tu nesa main conteng2 inai kat jari. aha spoil btul! xD

Pastu bila dah cek pendaftaran akak tu suh nesa pegi kat bilik yg dah ditetapkan. blur kejap. nak buat ape ni. kat mana ni. (nesa x biasa dengan tempat tu) pastu ade abg polis tolong. fuh, nasib baik!

Masa nak keluar dari pagar tu nesa dengar bunyi bising, macam orang bergaduh. Tapi nesa x amik tau la pulak. Cuma dengar macam ada orang sebut 'x adil, x boleh'. Ah, nothing to do here. masuk kereta


Macam tu lah sedikit sebanyak pengalaman nesa. Jangan gaduh2 ye :D

Wednesday, January 30, 2013

Situ, sana, sini~

Hi!

Sejak 2 minggu lepas, banyak aktiviti yg nesa join. Now, i kinda realize why i fell so tired lately =_=...my team and i, ke Ulu Yam utk tengok2 tempat yang kitorang akan shoot. Tempat ni namanya Nur Lembah Bestari, which is a resort yg sangat la indah, nyaman, sentosa gitu! just love it! Resort ni ada mud spa pastu kat kalau tido sana, bangun pagi boleh terjun dalam sungai! sebab ada sungai kat blkg chalet xD

my shooting team!

Then the next week pulak, Nesa ke Kuala Nerang untuk satu kem. English camp that is. Kem ni disertai oleh 200 org budak2 umur 12 tahun.

Bila dah bahagikan kepada 15 groups, nesa dapat group 2, ada 14 org semuanya. We named it CHAMPION! Mula2, dorang malu2, semua x mau cakap.  awkward. krit krit <--bunyi cengkerik...Nesa pun dgn yakin cuba bercerita dan menyanyi. The next day, they start calling me 'teacher'  :')

 The fasis :)


Nesa dan 'anak2' nesa..wah anak tau! day by day makin rapat. Dorang yang mula2nya cuma senyum dan angguk dah mula cakap Bahasa Inggeris. Kita play games macam tongue twister, poison box, musical chair..etc.Tapi biasalah, hari terakhir kem, nesa rase sedih sangat sbb kena berpisah. Masa 'Talent Time' dorang dapat hadiah, terus bawak hadiah tunjuk kat nesa. They said, thank you. Waktu tu nesa dah nak nangis sebenarnya..sorang demi sorang salam cium tangan. Boleh imagine tak betapa terharunya nesa waktu tu? aww~  T_T


my kids <3

Oh, I miss them already! Nesa harap dorang dapat belajar banyak masa di kem..


Thursday, December 27, 2012

I'll say, my lucky day ;)

Sabtu hari tu kan..kan..nesa kan..menang pertandingan lah! wohooo..x sangka btul! Awalnye nesa niat nak isi masa lapang je, sebab Sabtu lepas memang tak ada apa2 plan. So, why not. Kisahnye? we'll get to that, but 1st, jom tengok masa hari pertandingan tu. Nesa sorang je bawak 'official photographer' merangkap bestfriend nesa. haha. Nasib baik menang, tak la segan amik gambar banyak2. xD



Hari tu masa jalan2, nesa ternampak poster pertandingan ni. Pastu terus pegi amik borang. Ah, lupe pulak nak bagitau, pertandingan ni namanye Design My Shoe. Kena lukis, kaler or buat apa sajalah untuk cantikkan kasut kanvas kosong ni. Beberapa hari sebelum pertandingan tu nesa pun buat la research sikit2 pasal canvas shoes painting, sebab tak pernah pulak lukis atas kasut. Research pasal material ape nak gune untuk lukis...design..colour..etc. So the best material untuk lukis ialah fabric pen, paint pen pun boleh, warna akrilik dan ada yg cakap sharpie pun ok.




Ini la kasut yg nesa lukis.. Ada 22 orang yg sertai, dan nesa sorang je Malay girl kat situ. Mula2 rase macam, alamak segannya, nak buat ape ni, boleh menang ke..tapi macam ish lupekan, bukan ke nak have fun je. why so serious..ngehehe :} Rasanye kasut nesa menang sebab nesa sorang je yang jahit butang dan manik pada kasut. Sebab kalau nak kira drawing, ramai lagi yg cantik2. Siap dengan tone warna semua..pehh!


 Tq ena :)


Nasib nesa memang baik hari tu. Syukur sangat! And know what? sejak menang hari tu, ada orang tanya boleh tak lukis kat kasut i, ada lagi tak kasut macam tu. Ehem2, i'm thinking business! Ka-ching! ;D

Wednesday, November 14, 2012

1434 H

Esok, 15 November 2012, tibalah tahun baru dalam kalendar Islam. Tema Maal Hijrah untuk tahun ni ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Daripada apa yg nesa baca, maksudnya adalah menggalakkan umat Islam supaya lebih bersikap sederhana, adil dan seimbang dalam apa jua yg kita buat.


Dah tentulah nesa juga harap tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Lagi2 dgn percubaan melangkah ke alam kerjaya ni..walaupun sedikit takut dgn cabaran2 yg akan datang, tapi nesa harap dapat terus hidup tanpa bantuan org lain. At least, nesa akan cuba buat selagi mampu. So, azam nesa untuk tahun ni ialah untuk berdikari!..korang pulak mcm mana? :)


Thursday, September 20, 2012

Sehari je lagi!

Yay..sehari je lagi hari konvokesyen nesa. x sabar rasenye nak baling topi..XD





Nesa ngan kawan2 awal2 lagi dah sampai..masa ni lah nak habiskan masa sama2. Tapi nanti entah bila dapat jumpa lagi..emm ;'(

Tuesday, May 22, 2012

RINTIS 2012~

Semalam tamat le pameran projek seni yang Nesa duk
cerita tu..Nesa sangat hepy dan lega! ^^

So, inilah booth Nesa. Nesa buat komik peribahasa.
Ada versi buku dan interaktif. Tajuknya, 
CUCU-CUCU TOK WAN! :D








Terima kasih kepada yang sudi berkunjung.
yang amik name card jgn lupe offer job kat Nesa..ngehehe XD





Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru!

Dear cikgu,
mungkin cikgu dah x kenal Nesa lagi.
Tapi Nesa selalu ingat cikgu.
Sebab cikgulah yang bagi semangat untuk Nesa
terus belajar. Nesa bukan pelajar cemerlang.
Tapi, mungkin sebab kepercayaan yang
cikgu tunjukkan kepada Nesa, buat
Nesa teringin jadi pelajar cemerlang.

 Nesa masih ingat,
cikgu sebut2 perkataan menara gading.
Ya, Nesa sudah pun sampai.
Tak lama lagi Nesa akan bawa 
pulang segulung ijazah.
InsyaAllah..


Terima kasih kerana menjadi inspirasi 
Nesa selama ini ;)