Nesa Wazir: Cakap2 Temerloh! : #1,2,3

Saturday, May 5, 2012

Cakap2 Temerloh! : #1,2,3

Nesa asal daripada Temerloh, Pahang.
Nesa buat post ni untuk share keunikan loghat orang kampung Nesa :D
Disebabkan post2 cakap2 Temerloh Nesa kena remove
masa kena hacked hari 2, so Nesa akan post skali lagi!
Yeahhh!! Jom blajar cakap2  Temerloh! ;D

#1. cope


"cope" bunyinya : co= comel, pe= perak
Maksudnya, sesuatu barang yang diletakkan
terlampau penjuru atau hampir2 jatuh.
Contoh ayat: "ei, gelas tu 'cope' sangat nanti jatuh"

#2. jabei


""jabei" bunyinya : ja=jarum, be(i)=belok
Maksudnya, plastik yang selalu kita dapat
bila beli sayur/ yang banyak kat pasar malam tu.
Contoh ayat: "amboi, 'berjabei-jabei' barang awk beli yak"


#3. Aok/aokme dan koi/kome


Aok dan aokme..adalah kata ganti nama bagi awak dan
awak semua. Koi dan kome pula adalah kata ganti nama
untuk saya atau aku.
Contoh ayat: " Aok nak gi mane te? Koi nak ikut boleh?"


Ok, faham ke 2? mana tau nanti datang Temerloh boleh guna :P


5 comments:

Wan_hazel said...

koi faham2.ehehe...

kalau sarawak..aok = betul , jabei = jamban ehhee..

ehhee..bertambah ilmu bahasa wan..

WZ said...

Kemain! berjabei-jabei makanan awak beli ek! lol.

Azam Shah said...

jabei aok cope tu haaa. :D

ASaDa RyutaRo said...

best! best! saya baru tau camni rupanya bahasa pahang. huhu..

'jabei' dalam bahasa orang tua/org lama sarawak bermaksud 'tempat mandi'..

Rien Rose said...

wah! bljr bahasa baru.. hehee koi paham.. heheh