Nesa Wazir

Saturday, June 30, 2012

Lance-percuma~

Semalam tamatlah exam terakhir Nesa..and actually itulah
satu-satunya exam yg nesa amik sem ni :P
Menandakan tamatnya tahun akhir Nesa di USM. Yihak!

Walaupun dah tamat tapi Nesa masih x boleh balik kampung
atas sebab2 tamak ilmu..lol XD
Plus, Nesa dapat tawaran buat free lance kat Penang ni.
buat character design dan animasi .
Memang peluang yg ditunggu-tunggu sgt!
yg paling bestnye, duit masyukk~ muahahha

Hari ni 1st day n i luv it~ :3






Tuesday, May 22, 2012

RINTIS 2012~

Semalam tamat le pameran projek seni yang Nesa duk
cerita tu..Nesa sangat hepy dan lega! ^^

So, inilah booth Nesa. Nesa buat komik peribahasa.
Ada versi buku dan interaktif. Tajuknya, 
CUCU-CUCU TOK WAN! :D








Terima kasih kepada yang sudi berkunjung.
yang amik name card jgn lupe offer job kat Nesa..ngehehe XD





Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru!

Dear cikgu,
mungkin cikgu dah x kenal Nesa lagi.
Tapi Nesa selalu ingat cikgu.
Sebab cikgulah yang bagi semangat untuk Nesa
terus belajar. Nesa bukan pelajar cemerlang.
Tapi, mungkin sebab kepercayaan yang
cikgu tunjukkan kepada Nesa, buat
Nesa teringin jadi pelajar cemerlang.

 Nesa masih ingat,
cikgu sebut2 perkataan menara gading.
Ya, Nesa sudah pun sampai.
Tak lama lagi Nesa akan bawa 
pulang segulung ijazah.
InsyaAllah..


Terima kasih kerana menjadi inspirasi 
Nesa selama ini ;)


Saturday, May 12, 2012

Dah tak lama dah!!!

RINTIS! my final year exhibition!
hanya tinggal seminggu saje lagi!
omg! rasa gembira ada bercampur
dengan debaran panah asmara! 
lol~ apakah XD


Tapi, seriously..
Nesa sangat excited menanti!
Kalau korang duduk kat Penang,
dengan suka hati Nesa nak
jemput datang ke pameran ni.
Jemput datang~ lai lai~~ :3

Saturday, May 5, 2012

Cakap2 Temerloh! : #1,2,3

Nesa asal daripada Temerloh, Pahang.
Nesa buat post ni untuk share keunikan loghat orang kampung Nesa :D
Disebabkan post2 cakap2 Temerloh Nesa kena remove
masa kena hacked hari 2, so Nesa akan post skali lagi!
Yeahhh!! Jom blajar cakap2  Temerloh! ;D

#1. cope


"cope" bunyinya : co= comel, pe= perak
Maksudnya, sesuatu barang yang diletakkan
terlampau penjuru atau hampir2 jatuh.
Contoh ayat: "ei, gelas tu 'cope' sangat nanti jatuh"

#2. jabei


""jabei" bunyinya : ja=jarum, be(i)=belok
Maksudnya, plastik yang selalu kita dapat
bila beli sayur/ yang banyak kat pasar malam tu.
Contoh ayat: "amboi, 'berjabei-jabei' barang awk beli yak"


#3. Aok/aokme dan koi/kome


Aok dan aokme..adalah kata ganti nama bagi awak dan
awak semua. Koi dan kome pula adalah kata ganti nama
untuk saya atau aku.
Contoh ayat: " Aok nak gi mane te? Koi nak ikut boleh?"


Ok, faham ke 2? mana tau nanti datang Temerloh boleh guna :P