Nesa Wazir

Sunday, November 18, 2012

Cute Badges for Sale!

Hi!

Hari ni nesa nak jadi salesgirl. Actly, ini untuk support kawan nesa. Dia dan partner baru je launch satu page kat facebook, BADGEZ! Boleh terus ke link ni untuk tengok2 : BADGEZ . Jangan lupa klik 'like' ya. tq ;)

some of the designs :D

BADGEZ menjual design2 badges yang comelss sgt! Selain daripada membeli, secara tak langsung korang dah buat charity sebab BADGEZ menggunakan sebahagian keuntungan mereka beli makanan untuk kucing jalanan. Ain't dat sweeeettt? :3

I'll also be joining them doing the design. So, ada lebih banyak pilihan di masa akan datang, insyaAllah. Harga juga sangat berpatutan :

rm4 = 1 keping
rm10 = 2 keping [ termasuk postage ]
rm20 = 5 keping [ termasuk postage ]

Selain daripada pos, bagi yg menetap kat KL, boleh dptkan terus di Bogus Femme di DOWNTOWN CHERAS mulai minggu depan!

So , apa tunggu lagi, jom jadikan BADGEZ koleksi anda! ;D

Friday, November 16, 2012

Kiri dan kanan~

Datanglah seorang akak yg usianya dalam 30-an kepada nesa. "Dik, kami ni nak cari stadium, kat mana ye?".Nesa pun dgn yakin boleh jawab, "aa..senang je tu. Dah x jauh ni kak. Akak pusing semula, jalan straight....pastu akak masuk kiri. Eh, kanan! Eh, kiri!"....Akak tu terdiam. Memandang penuh harapan. "em, minta maaf. Akak tanya orang lain lah ye." :|

Ahaha.

Begitulah permulaan hari ini buat nesa. Hello Friday! nesa melaporkan cuaca pagi ini di Penang, agak cerah, langit sgt biru, perut sgt lapar. eh! :P

Hari ni hari yang sgt dinanti-nantikan nesa. Malam ni balik Temerloh, yay! *clap2 . Setelah sebulan lebih mencari rezeki di negeri org, akhirnya nesa dpt balik menjenguk mak, ayah, adik2 dan ehem2..hehehe. Nesa ada beli ole2 utk mereka. Dah rancang nak makan ikan patin banyak2! (Ikan patin masak tempoyak keistimewaan Temerloh, the best you can get!) omnom..nom..nom..

Jadi nesa harap selamat sampai. Pak cik driver bus, plis drive safely :3


 Jumpa di Temerloh! \(^o^)/

Wednesday, November 14, 2012

1434 H

Esok, 15 November 2012, tibalah tahun baru dalam kalendar Islam. Tema Maal Hijrah untuk tahun ni ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Daripada apa yg nesa baca, maksudnya adalah menggalakkan umat Islam supaya lebih bersikap sederhana, adil dan seimbang dalam apa jua yg kita buat.


Dah tentulah nesa juga harap tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Lagi2 dgn percubaan melangkah ke alam kerjaya ni..walaupun sedikit takut dgn cabaran2 yg akan datang, tapi nesa harap dapat terus hidup tanpa bantuan org lain. At least, nesa akan cuba buat selagi mampu. So, azam nesa untuk tahun ni ialah untuk berdikari!..korang pulak mcm mana? :)


Monday, November 12, 2012

A new beginning~

Hi!

Lepas konvo ari 2, memang bz sgt. Lepas rehat kat rumah lebih kurang seminggu terus start kerja. Oh did i mention about my new job? Belum kan. I love my job! Sejak kecik nak buat kartun, x sangka pulak impian ni betul2 jadi kenyataan. I'm an animator. Plus graphic designer. Yang kurang bestnya, it's in Penang. Bukan nesa x suka Penang. No. I love Penang, Penang is great! cuma agak jauh dgn my hometown. Now i'm feeling a little homesick :(


Well, at least masih ramai kawan2 kat sini. Even my boss is a good friend of mine. My bestfriend, Ena, masih belajar kat sini..so boleh jumpa dia hari2. My housemate, Kak Mashi..sgt baik orangnya. Bila difikirkan semula, nesa terasa bertuah pulak..

Kat sini, nesa join macam2 aktiviti. Jumpa ramai orang. So, xdelah rasa sunyi. Penat? yes. memang penatlah. Tapi biasanya nesa akan balas dgn rehat yg cukup. Nesa manfaatkan cuti yg ada.


That's all for now, kesian blog x di-update. sory bloggie..i'll try to update u as often as possible :3