Nesa Wazir: 2013

Sunday, August 11, 2013

3 hari di hari raya..

Nesa dapat cuti 2 minggu raya ni..yay! ><
Nak ceritalah sikit pengalaman raya nesa selama 3 hari ni.
Hari raya pertama nesa ke rumah Wan, x jauh pun dari rumah nesa. Memandangkan nesa memang anak jati Temerloh, mak, ayah, wan, sume asal Temerloh, jadi xdelah istilah balik kampung sangat sebab memang semua pun tinggal satu kampung. Wan ada masak ketupat ngan lontong..sedappp. Kat sinilah semua sedara mara berkumpul. Tahun ni nesa dah start bagi duit raya..masa utk memberi plk selama ni menerima..hehe.




Hari raya kedua nesa tunggu orang plk kat rumah. Tiba petang baru pergi rumah jiran2. Rumah Acu kat sebelah ada bahulu bentuk ikan yg nesa cari. Lepas jgk hajat.


Hari raya ketiga, oh semalam! nesa ngan family jalan2 je kat mall. Adik dah banyak kumpul duit raya nak belanja makan, rezeki jgn ditolak.

Selamat hari raya, nesa minta maaf kalau ada tersalah terkasar bahasa..moga raya kali ini cukup bermakna buat semua :D


Thursday, May 9, 2013

Kisahnya PRU13!

Oh, jangan risau. nesa bukan nak cakap pasal politik pun. cukuplah news feed kat facebook, macam2 kisah ada. ye, nesa faham : /

Nesa nak kongsi je pengalaman mengundi buat pertama kali.

Nesa pegi mengundi tau hari tu. Meriah betul! macam hari raya. Sampai je nesa kat tempat mengundi orang dah sambut. nesa senyum je. dah ada pilihan sendiri..hehe. Kat facebook nesa penuh gambar jari ink biru, mulanye nak snap jugak, tapi malu sebab waktu tu nesa main conteng2 inai kat jari. aha spoil btul! xD

Pastu bila dah cek pendaftaran akak tu suh nesa pegi kat bilik yg dah ditetapkan. blur kejap. nak buat ape ni. kat mana ni. (nesa x biasa dengan tempat tu) pastu ade abg polis tolong. fuh, nasib baik!

Masa nak keluar dari pagar tu nesa dengar bunyi bising, macam orang bergaduh. Tapi nesa x amik tau la pulak. Cuma dengar macam ada orang sebut 'x adil, x boleh'. Ah, nothing to do here. masuk kereta


Macam tu lah sedikit sebanyak pengalaman nesa. Jangan gaduh2 ye :D

Wednesday, May 8, 2013

Hey Big Spender!

Start daripada gaji pertama nesa beberapa bulan lepas, nesa pun kononnya terus berazam. Yah! inilah masanya untuk menyimpan! Amik lesen, beli kete, beli rumah, makan angin, bla bla bla... Siap mintak Abg Afif bagi gaji setengah2, takut nesa abiskan duit pulak nanti kalau amik gaji bulanan.

(Tapi hasilnye same je. Lol!)


Dengan perpegang pada keazaman yang tinggi (masa tu) Nesa pun mula dengan beli satu buku nota kecik. Kat sini nesa catat duit keluar dan masuk secara kasar. Resit2 ATM ngan bli barang kat Tesco pun nesa simpan skali dalam buku ni.


Tapi agaknye, sebab menyimpan macam x berapa menjadi..(actually x menyimpan mana pun) so, nesa macam give up dgn idea so called 'buku catatan simpanan' ni. Someone cakap kat nesa, jangan risau sangatlah! enjoy your life. Baru nak mula. Kalau nak simpan pun sikit2 sudahlah..nanti adalah rezeki tu.

Dalam nesa sibuk mencari cara untuk menyimpan, nesa terjumpa satu kata2.. 'Don't spend less than you earn, earn more than you spend'. Bunyinya memang agak sama, tp bila fikir semula,,why not? why spend less when you can spend more.


Cuma perlu kreatif sikitlah dalam mencari pendapatan. And of course! rajin ye kawan2. muehehe ;D

Monday, March 18, 2013

Avatar nesa

Hi!

Dulu blog nesa memang bermulanya sebagai blog komik. Kalau korang kawan blog nesa yang lama mesti ingat mereka ni.

Bermula dengan komik 'Aku Nesa' watak yg rambut kuning tu adalah yg paling awal nesa reka sebagai avatar nesa. Waktu ni nesa lukis tangan sebab tak berapa reti guna apa2 software lagi. Lepas tu nesa dah pandai guna Adobe Illustrator, nesa pun tukar watak jadi macam yang kelabu tu.

Lepas nesa buat blog baru, nesa masih nak kekalkan blog ni sebagai blog komik tapi rasanya terlebih post gambar pulak. Avatar nesa pun dah jadi tak konsisten. Kejap tukar-tukar macam ni :/


So, nesa dah buat watak baru! tadaa..

..helo helo..hehe :D


Tuesday, March 12, 2013

On my birthday!

Hi!

Birthday nesa tahun ni, mmg full of surprises! Boss bagi cuti balik kampung seminggu, hah! yang ni memang best. Seminggu ni nesa spend time ngan family habis habisan. Mak nesa masak best2 pulak tu, x sia-sia ikat perut sikit sebelum balik kampung. Macam balas dendam pulak bila sampai rumah. haha!

Hari pertama sampai je mak masakkan nesa punye feveret, ikan patin masak tempoyak! Kalau balik Temerloh tak makan ikan patin mana boleh...the best you can get! *thumbs up

Pastu masa birthday nesa, adik nesa masakkan nasi ayam. Yang ni memang kepakaran dia. Dan tanpa pengetahuan nesa dia dah buat kek yg besar..mak cakap dia buat pukul 3 pagi. sobs. Walaupun my adik tu selalu buat muka tak ada perasaan, tak sangka rupanya dalam hati ingat juga kat i.. T_T

It's a four layered choc cake! 

Dan selepas seminggu bercuti, nesa kembali semula ke Penang. My bestfriend pulak buat surprise. Dia hadiahkan jam tangan. Seingat nesa, penah mention pasal jam tangan ni, tapi macam gurau2 je, she actually remembers it and here it is, on my wrist, ticking so gracefully~ @_@


Nesa sangatlah terharu sebenarnya. Terima kasih banyak2 pada yang ingat. Umur nesa sudahpun masuk 24 tahun. Nesa harap untuk terus berjaya pada masa akan datang. Selain dari mengharap kebahagiaan untuk diri sendiri, nesa harap juga orang sekeliling merasa bahagia berada di samping nesa..

Sunday, February 17, 2013

Nak henpon baruuuu


Hi!

Kebelakangan ni nesa mcm asyik menggedik nak beli henpon baru. Iyelah, mana tak nak! Orang lain kat sekeliling nesa pkai henpon canggih2. Pastu dgn rebate RM200 yg kerajaan bagi tu..feh! Nesa gune Samsung Corby2, dah lame dah..sejak model ni baru keluar. Henpon ni memang tahan, tapi wi fi susah dapat. Taip sms pun susah sikit.

So, in case ade duit lebih bulan depan, nesa cadang nak beli Nokia Lumia 620.

Tadaa!!

Nokia_Lumia_620_02.jpg

Comel takk!? Nesa mcm minat design die. Harga dalam RM 700 kot, display dia pun boleh tahan..3.8 inci. Storage smpai 8gb. Kamera dpn blkg. Tapi yang nesa macam risau, dia gune system windows 8. So apps yg guna android xleh gunalah, kecuali kalau ada Bluestacks..baru boleh, itupun terhad~ -_-

Selain yang ni, nesa ada jugak survey yang lain, macam Sony Ericsson Live, yg ni best jugak ada walkman. Dan lg satu Samsung Galaxy Y tp yg ni macam upgrade dari Corby je rasenye.

Korang ade suggestion lain? meh kasi nesa nak survey..ngehehe :D

Wednesday, January 30, 2013

Situ, sana, sini~

Hi!

Sejak 2 minggu lepas, banyak aktiviti yg nesa join. Now, i kinda realize why i fell so tired lately =_=...my team and i, ke Ulu Yam utk tengok2 tempat yang kitorang akan shoot. Tempat ni namanya Nur Lembah Bestari, which is a resort yg sangat la indah, nyaman, sentosa gitu! just love it! Resort ni ada mud spa pastu kat kalau tido sana, bangun pagi boleh terjun dalam sungai! sebab ada sungai kat blkg chalet xD

my shooting team!

Then the next week pulak, Nesa ke Kuala Nerang untuk satu kem. English camp that is. Kem ni disertai oleh 200 org budak2 umur 12 tahun.

Bila dah bahagikan kepada 15 groups, nesa dapat group 2, ada 14 org semuanya. We named it CHAMPION! Mula2, dorang malu2, semua x mau cakap.  awkward. krit krit <--bunyi cengkerik...Nesa pun dgn yakin cuba bercerita dan menyanyi. The next day, they start calling me 'teacher'  :')

 The fasis :)


Nesa dan 'anak2' nesa..wah anak tau! day by day makin rapat. Dorang yang mula2nya cuma senyum dan angguk dah mula cakap Bahasa Inggeris. Kita play games macam tongue twister, poison box, musical chair..etc.Tapi biasalah, hari terakhir kem, nesa rase sedih sangat sbb kena berpisah. Masa 'Talent Time' dorang dapat hadiah, terus bawak hadiah tunjuk kat nesa. They said, thank you. Waktu tu nesa dah nak nangis sebenarnya..sorang demi sorang salam cium tangan. Boleh imagine tak betapa terharunya nesa waktu tu? aww~  T_T


my kids <3

Oh, I miss them already! Nesa harap dorang dapat belajar banyak masa di kem..


Wednesday, January 23, 2013

Coding vs drawing

Hi!

It's already 23rd of January! wow..

Sekarang nesa tengah gigih belajar Action script 3, coding untuk buat application dan games. Buat benda ni, stress level nesa dah naik rasenye..huh! Eh, bukan nesa x suka. nesa suka apa. suka bila codingnye betul! tapi bila salah, oh mai..teringin nak cekik orang je perasaannya. Ah, samelah macam buat blog ni, penah x korang try2 nak guna template yang ada script pnjang lebar atau css? Rase macam betul dah, tapi bila preview x jadi macam yg die tunjuk, aah mcm tu lah...sedehhh  T_T

Bila stress nesa mula la nak menconteng. lukis sana sini. Kali ni laptop nesa, si Maguro, jadi mangsa. Maguro: why me? why me?.. haha. why not laptop. Kan dah lukis kat kasut. Agaknye lekat x kalau lukis ni.. (nesa guna Sharpie dan permanent marker jenama Pen-Touch dari Jepun).

So the result?



Yup. it will be there for years ahead!! memang x tanggal, nesa siap test gosok2 lagi. Ok lah, nak sambung belajar. Kali ni kena baca e-book pulak sebab tutorial semua x menjadi. 588 page wo!!  mampu?! bye *pengsan


Thursday, January 3, 2013

2013~

Hi!

Happy 2013 everyone. Betullah makin umur meningkat, terasa makin cepat masa berlalu. Perasaan jangka masa setahun dah tak sepanjang dulu. Banyak keje la katekan. Tanggungjwab pun makin banyak.

Folder picture nesa pun dah buktikan yang tahun lepas memang padat dengan pelbagai event dan moment2 yang indah dalam hidup nesa. Bermula dengan pameran seni yang berakhir dengan jayanya, tahun akhir atau super senior year yang sangat busy, dan akhirnya majlis konvokesyen. 2012 meninggalkan nesa 1001 kenangan!

Tahun ni biarlah bersederhana. Hajat nak simpan duit amik lesen pastu kalau ade rezeki lebih nak beli kete. Ole! \=D/