Nesa Wazir

Wednesday, November 14, 2012

1434 H

Esok, 15 November 2012, tibalah tahun baru dalam kalendar Islam. Tema Maal Hijrah untuk tahun ni ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Daripada apa yg nesa baca, maksudnya adalah menggalakkan umat Islam supaya lebih bersikap sederhana, adil dan seimbang dalam apa jua yg kita buat.


Dah tentulah nesa juga harap tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Lagi2 dgn percubaan melangkah ke alam kerjaya ni..walaupun sedikit takut dgn cabaran2 yg akan datang, tapi nesa harap dapat terus hidup tanpa bantuan org lain. At least, nesa akan cuba buat selagi mampu. So, azam nesa untuk tahun ni ialah untuk berdikari!..korang pulak mcm mana? :)


Monday, November 12, 2012

A new beginning~

Hi!

Lepas konvo ari 2, memang bz sgt. Lepas rehat kat rumah lebih kurang seminggu terus start kerja. Oh did i mention about my new job? Belum kan. I love my job! Sejak kecik nak buat kartun, x sangka pulak impian ni betul2 jadi kenyataan. I'm an animator. Plus graphic designer. Yang kurang bestnya, it's in Penang. Bukan nesa x suka Penang. No. I love Penang, Penang is great! cuma agak jauh dgn my hometown. Now i'm feeling a little homesick :(


Well, at least masih ramai kawan2 kat sini. Even my boss is a good friend of mine. My bestfriend, Ena, masih belajar kat sini..so boleh jumpa dia hari2. My housemate, Kak Mashi..sgt baik orangnya. Bila difikirkan semula, nesa terasa bertuah pulak..

Kat sini, nesa join macam2 aktiviti. Jumpa ramai orang. So, xdelah rasa sunyi. Penat? yes. memang penatlah. Tapi biasanya nesa akan balas dgn rehat yg cukup. Nesa manfaatkan cuti yg ada.


That's all for now, kesian blog x di-update. sory bloggie..i'll try to update u as often as possible :3

Thursday, September 20, 2012

Sehari je lagi!

Yay..sehari je lagi hari konvokesyen nesa. x sabar rasenye nak baling topi..XD





Nesa ngan kawan2 awal2 lagi dah sampai..masa ni lah nak habiskan masa sama2. Tapi nanti entah bila dapat jumpa lagi..emm ;'(

Tuesday, September 11, 2012

Sihat dan kuat!

Sekarang memang musim demam ke? Sana-sini orang demam. Nesa pun baru baik ni. Teruk jugak..selsema, batuk..tapi mujurlah x lama. Mak cakap musim demam. Asal ramai orang yang demam, mak terus isytiharkan, inilah musimnye..hoho

Untuk batuk, nesa ada amalkan satu tips..limau kasturi dgn air suam. Dengarnye kalau letak kicap sikit lagi mujarab! tapi macam x selera pulak nak minum kicap..~ @_@".. Baru beberapa kali je nesa amalkan..Alhamdulillah..batuk dah kurang ;D

Kalau selsema, minumlah air suam banyak2..itu je nesa tau. Kalau susah nak hilang, makan ubatlah..tapi nesa x minat ubat..kelat tekak!eykk! X(

Jadi, sebelum dijangkiti kite haruslah mengelakkannye..ahaha..macam doktor plk. Bersenam dan banyak makan sayur/buah2..Nesa pun dah slalu senam erobik..ari 2 beli cd Berty Tilarso..ok jgk die ajar erobik, senang nak ikut..kalau xde cd, chicken dance pn boleh..ehehe :D


Sihat dan kuat mcm kami..yeah! XD

Sunday, August 5, 2012

Setelah kau pergi~

Yahh..tu dia tajuk, macam lirik lagu. sekarang katil dalam bilik ni dah kembali single. lepas adik nesa kawin hari tu, tinggal la nesa sorang2 dalam bilik ni..sepi dan sendiri aku benci, bak kata dian sastro. Kalau dulu nesa suke sabotaj bile adik nesa ada pakwe baru, kes xnak dia kawin cepat lah..tapi kali ni dah sampai jodoh dia. nak buat macam mana.


Baru2 ni, nesa sempat singgah kat rumah adik nesa ngan suami dia. She looks hapy. I'm hapy for her. tapi, nesa x dapat tipu, memang nesa ade sikit cemburu. ye lah, dari kecik nesa dgn dia..kami sangat rapat..sangat! sekarang dia dah jadi milik orang lain. nesa rasa kosong. rasa lain. Ntah la..mungkin awal2 memang macam ni. mungkin :/

Kalau dulu bila balik bercuti kat rumah, kami berdua berborak sampai pagi. apa saje lah yang diceritakan. kisah masa kecik, kisah kawan2, kisah di kedai mak, kisah ayah menyakat aien. Dah lebih sebulan, rasa rindu pulak dgn semua 2.

Nesa masih boleh jumpa dia selalu. Rumah dia pun bukan jauh sangat. Cuma kadang2...dalam hati masih ada rindu..