Nesa Wazir: 2012

Thursday, December 27, 2012

I'll say, my lucky day ;)

Sabtu hari tu kan..kan..nesa kan..menang pertandingan lah! wohooo..x sangka btul! Awalnye nesa niat nak isi masa lapang je, sebab Sabtu lepas memang tak ada apa2 plan. So, why not. Kisahnye? we'll get to that, but 1st, jom tengok masa hari pertandingan tu. Nesa sorang je bawak 'official photographer' merangkap bestfriend nesa. haha. Nasib baik menang, tak la segan amik gambar banyak2. xD



Hari tu masa jalan2, nesa ternampak poster pertandingan ni. Pastu terus pegi amik borang. Ah, lupe pulak nak bagitau, pertandingan ni namanye Design My Shoe. Kena lukis, kaler or buat apa sajalah untuk cantikkan kasut kanvas kosong ni. Beberapa hari sebelum pertandingan tu nesa pun buat la research sikit2 pasal canvas shoes painting, sebab tak pernah pulak lukis atas kasut. Research pasal material ape nak gune untuk lukis...design..colour..etc. So the best material untuk lukis ialah fabric pen, paint pen pun boleh, warna akrilik dan ada yg cakap sharpie pun ok.




Ini la kasut yg nesa lukis.. Ada 22 orang yg sertai, dan nesa sorang je Malay girl kat situ. Mula2 rase macam, alamak segannya, nak buat ape ni, boleh menang ke..tapi macam ish lupekan, bukan ke nak have fun je. why so serious..ngehehe :} Rasanye kasut nesa menang sebab nesa sorang je yang jahit butang dan manik pada kasut. Sebab kalau nak kira drawing, ramai lagi yg cantik2. Siap dengan tone warna semua..pehh!


 Tq ena :)


Nasib nesa memang baik hari tu. Syukur sangat! And know what? sejak menang hari tu, ada orang tanya boleh tak lukis kat kasut i, ada lagi tak kasut macam tu. Ehem2, i'm thinking business! Ka-ching! ;D

Monday, December 17, 2012

Cakap2 Temerloh #4

Hi!

Isnin sudaaah...ape khabar korang? ada yang x sihat ke? nesa ok je, cume ni ha my toe dah melecet penangan kasut baru. ah, korang penah dengar tak satu petua ni, kalau beli kasut baru kena gigit dulu baru kasut tu tak 'gigit' kaki kite. Lol! macam tak logik pulak. Tapi maksudnye mungkin suruh kita regang2 kan kasut tu supaya bila pakai lebih selesa. yup, that make sense la :3

Setelah lamanye tak muncul, ruangan 'Cakap2 Temerloh' kini kembali! yay~ Kali ni kite akan belajar dua perkataan iaitu 'rodong' yang maksudnya ialah kawan dan 'aok' yang bermaksud awak. Contoh ayat, "rodong baik aok tu dah kahwin ke belum?". haa macam tu, get it?



Now, make a sentence u'olss..haha

p/s : Time kasih pada rodong2 blogger yg slalu datang baca blog nesa ;D

Wednesday, December 12, 2012

Sitcoms!

Hi!

Sitcom tu singkatan untuk Situation Comedy. Nesa memang minat tengok sitcom. Sejak kecik lagi mula dengan The Cosby Show, Malcom In The Middle, Sabrina The Teenage Witch, Lizzie McGuire pastu muncul pulak yang baru sikit That's So Raven, Drake and Josh, Hannah Montana..etc, then bila dah besar sikit tengok Friends, Scrubs, My Wife and Kids, How I Met Your Mother, Two Broke Girls..etc. Memang byk lah! Love them..love them all! \(^o^)/

aaw..comelnye hillary mase die kecik, sekarang dah jadi mak org. oh, i'm old. sobs~ T_T

So, nesa macam ade impian ni mase kecik dulu, 'bile aku besar nanti dah keje, aku nak beli semuaaaaanye, semua cerita, semua episod..muahahahaha'. But now, i don't :/

Ni jugak terjadi pada impian nesa yg nak bli komik. Masa kecik nesa fikir, kalaulah aku ade duit..nak beli semua komik yg aku suka! yeah!! yeahhh!! dgn teruja. Tapi bila dah ada duit sekarang, NO!..tidak membelinye punnnn.

Ok balik pada topik sitcom tadi. Nesa sangat suke tgk sitcoms sebab memang x stress. Walaupun dia ade episod tapi biasenye cerita utk episod tu akan ade kesudahan dalam episod tu jugak. Rantaiannye cuma pada watak, lokasi dan jalan cerita utamanye. Ah, kalau korang penah tengok mesti korang faham ;D

My favourite! baru habis tgk season 7. x sabar nak tunggu season 8! xD

Kalau kat yg local punya sitcoms macam Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Senario, Spanar Jaya, Cecupak..kalau Singapore punya dulu ada tayang kat Malaysia, mesti korang tau punye yg femes tu, Phua Chu Kang! best in Singapore and JB and some say Batam! hahaha..dan satu lg Under One Roof.

Butang baju Pak Uda sentiasa di ingatan :)

Ni semua yg seingat nesa la, ade lagi rasenye. Nesa tengok memang untuk suka-suka, tapi bila fikir balik, sitkom-sitkom ni sedikit sebanyak mengajar nesa pasal realiti kehidupan. Kisah keluarga, saudara, hubungan jiran, kawan2..yup. They actually did :)




Thursday, December 6, 2012

Kisahnye Lif

Hi!

Sebab ari 2 dah cerita pasal rumah 22 tingkat, kali ni nak cerita pasal lif nye pulak. Nesa memang x berkenan naik lif ni. Kalau takat dua tiga tingkat rasenye gagah je nak daki tangga. Tapi kalau macam sekarang ni, tingkat 22 oke, tertanggal la kaki mak nakk..hoho! Sebenarnye nesa ade kenangan yg tak berapa indah dengan lif ni.



Pernah sekali, nesa dgn 2 orang kawan naik lif kat satu bangunan rumah flat. Dalam lif tu ada ramai la jugak, ada auntie, pak Arab dan 2 orang anak beliau dan 2 atau 3 orang lagi insan2 yg lain. Tiba-tiba!....buk! lif tu macam tenggelam sikit. (sound effect 'buk' menunjukkan lif dah tenggelam..sebenarnye xde bunyi..haha). Semua dah buat poker face, auntie kat belakang dah panik! 'apa pasai? apa pasai?'..mase tu, nesa ngan 2 org kawan nesa ni yg paling dekat dgn pintu lif ..cuba tekan butang kecemasan beberapa kali tapi pintu lif x bukak! oh mai! tolonglah jangan main2 wahai lif yg kacak dan budiman...waktu tu terus fikir..adakah aku akan mati kat sini secara sesak nafas beramai-ramai kerana kekurangan oksigen..Makkk! Ayahhhh!!


Well, of course la x mati kan, kalau x sape yg taip cerita ni..haha. ok, sambung semula, lepas lebih kurang 5 minit terkurung, pak Arab yang berdiri kat belakang tu hulur kunci, dijoloknye kunci kat celah2 pintu lif tu, 'try to open..' katanye. Nesa ngan kawan2 pun dengan sekuat tenaga kuak pintu lif tu..iiyahhh~! pintu lif pun terbukak..lif cuma tenggelam paras lutut. lol! Waktu tu macam terasa, Alhamdulillah..diberi peluang lagi untuk hidup! sobs~ T_T

Macam tu lah ceritanya, fobia jugak sekejap masa tu. Tapi kalau nak ikutkan bahaya mana2 pun ada, cuma harap2 dijauhkan la..terutamanya dalam LIF!

Tuesday, December 4, 2012

Hey, i'm up here!!

Hi.

Ini view dari rumah yg nesa tinggal sekarang..



Nesa tinggal kat tingkat 22.Pemandangan dari atas ni sgt cantik! Lagi2 bila tiba petang. Rumah ni pun sgt selesa. Tapi kan, tinggal kat tempat tinggi2 ni banyak risikonye.... Nak lari tak ber-tanah, nak terbang tak ber-sayap~

....jagalah diri, jaaaagalah diri selalu~

Monday, November 26, 2012

All-U-Can-Eat!

I feel fat. Sejak sampai Penang hari 2..asyik keluar makannnnn aje! Penang kan 'food paradise' katanya. Masa student dulu nesa x la terasa kemewahan makanan kat sini, sebab nak jimat. Tapi bila dah keje, hamik kau! Duit dah ada, pantang orang ajak je, jom! Kat mana? Jommmm!!

Even kat luar opis nesa ni je dah ada jual macam2. Atoiiii..godaan betul -_-"

So, setelah pegi ke beberapa restoran, warung dan gerai...nesa sangat suka satu tempat ni, Seoul Garden- Korean BBQ & Steamboat kat Gurney Plaza. Dulu selalu jugak dengar kawan2 bercerita pasal tempat ni, tapi x penah pegi pun. Mungkin sebab unsur-unsur K-pop yang makin popular waktu tu, tempat ni pun jadi tumpuan ramai?? Ade ke kaitan? hahaha. Yang bestnya kat sini, dia ada All-u-can-eat buffet, yang kita boleh makan sesuka hati. Aummmm!




Credits to Kak Ad for these lovely pictures :)

Dah dia cakap makan sesuka hati, apa lagi, memang x hengat la amik udang, sotong sume. Da amik tu, masak la sndri. Boleh pilih untuk grill atau masuk dalam sup macam steamboat tu. Nesa lebih suka semuanya di-grill. Kalau nak lagi sedap, campur skali bawang, sayur dan sos time kita grill tu. Pecayalah rasenye sgttt sedap! >,<

Harganya pun boleh tahan la, lebih kurang Rm33 utk seorang. Just make sure korang betul-betul-betul lapar waktu tu, barulah berbaloi-baloi!

Ok, time to get back to work. Kang bos cek mai x siap keja kena balun sat lagi. hehehe..daa! :P

Sunday, November 18, 2012

Cute Badges for Sale!

Hi!

Hari ni nesa nak jadi salesgirl. Actly, ini untuk support kawan nesa. Dia dan partner baru je launch satu page kat facebook, BADGEZ! Boleh terus ke link ni untuk tengok2 : BADGEZ . Jangan lupa klik 'like' ya. tq ;)

some of the designs :D

BADGEZ menjual design2 badges yang comelss sgt! Selain daripada membeli, secara tak langsung korang dah buat charity sebab BADGEZ menggunakan sebahagian keuntungan mereka beli makanan untuk kucing jalanan. Ain't dat sweeeettt? :3

I'll also be joining them doing the design. So, ada lebih banyak pilihan di masa akan datang, insyaAllah. Harga juga sangat berpatutan :

rm4 = 1 keping
rm10 = 2 keping [ termasuk postage ]
rm20 = 5 keping [ termasuk postage ]

Selain daripada pos, bagi yg menetap kat KL, boleh dptkan terus di Bogus Femme di DOWNTOWN CHERAS mulai minggu depan!

So , apa tunggu lagi, jom jadikan BADGEZ koleksi anda! ;D

Friday, November 16, 2012

Kiri dan kanan~

Datanglah seorang akak yg usianya dalam 30-an kepada nesa. "Dik, kami ni nak cari stadium, kat mana ye?".Nesa pun dgn yakin boleh jawab, "aa..senang je tu. Dah x jauh ni kak. Akak pusing semula, jalan straight....pastu akak masuk kiri. Eh, kanan! Eh, kiri!"....Akak tu terdiam. Memandang penuh harapan. "em, minta maaf. Akak tanya orang lain lah ye." :|

Ahaha.

Begitulah permulaan hari ini buat nesa. Hello Friday! nesa melaporkan cuaca pagi ini di Penang, agak cerah, langit sgt biru, perut sgt lapar. eh! :P

Hari ni hari yang sgt dinanti-nantikan nesa. Malam ni balik Temerloh, yay! *clap2 . Setelah sebulan lebih mencari rezeki di negeri org, akhirnya nesa dpt balik menjenguk mak, ayah, adik2 dan ehem2..hehehe. Nesa ada beli ole2 utk mereka. Dah rancang nak makan ikan patin banyak2! (Ikan patin masak tempoyak keistimewaan Temerloh, the best you can get!) omnom..nom..nom..

Jadi nesa harap selamat sampai. Pak cik driver bus, plis drive safely :3


 Jumpa di Temerloh! \(^o^)/

Wednesday, November 14, 2012

1434 H

Esok, 15 November 2012, tibalah tahun baru dalam kalendar Islam. Tema Maal Hijrah untuk tahun ni ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Daripada apa yg nesa baca, maksudnya adalah menggalakkan umat Islam supaya lebih bersikap sederhana, adil dan seimbang dalam apa jua yg kita buat.


Dah tentulah nesa juga harap tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Lagi2 dgn percubaan melangkah ke alam kerjaya ni..walaupun sedikit takut dgn cabaran2 yg akan datang, tapi nesa harap dapat terus hidup tanpa bantuan org lain. At least, nesa akan cuba buat selagi mampu. So, azam nesa untuk tahun ni ialah untuk berdikari!..korang pulak mcm mana? :)


Monday, November 12, 2012

A new beginning~

Hi!

Lepas konvo ari 2, memang bz sgt. Lepas rehat kat rumah lebih kurang seminggu terus start kerja. Oh did i mention about my new job? Belum kan. I love my job! Sejak kecik nak buat kartun, x sangka pulak impian ni betul2 jadi kenyataan. I'm an animator. Plus graphic designer. Yang kurang bestnya, it's in Penang. Bukan nesa x suka Penang. No. I love Penang, Penang is great! cuma agak jauh dgn my hometown. Now i'm feeling a little homesick :(


Well, at least masih ramai kawan2 kat sini. Even my boss is a good friend of mine. My bestfriend, Ena, masih belajar kat sini..so boleh jumpa dia hari2. My housemate, Kak Mashi..sgt baik orangnya. Bila difikirkan semula, nesa terasa bertuah pulak..

Kat sini, nesa join macam2 aktiviti. Jumpa ramai orang. So, xdelah rasa sunyi. Penat? yes. memang penatlah. Tapi biasanya nesa akan balas dgn rehat yg cukup. Nesa manfaatkan cuti yg ada.


That's all for now, kesian blog x di-update. sory bloggie..i'll try to update u as often as possible :3

Thursday, September 20, 2012

Sehari je lagi!

Yay..sehari je lagi hari konvokesyen nesa. x sabar rasenye nak baling topi..XD





Nesa ngan kawan2 awal2 lagi dah sampai..masa ni lah nak habiskan masa sama2. Tapi nanti entah bila dapat jumpa lagi..emm ;'(

Tuesday, September 11, 2012

Sihat dan kuat!

Sekarang memang musim demam ke? Sana-sini orang demam. Nesa pun baru baik ni. Teruk jugak..selsema, batuk..tapi mujurlah x lama. Mak cakap musim demam. Asal ramai orang yang demam, mak terus isytiharkan, inilah musimnye..hoho

Untuk batuk, nesa ada amalkan satu tips..limau kasturi dgn air suam. Dengarnye kalau letak kicap sikit lagi mujarab! tapi macam x selera pulak nak minum kicap..~ @_@".. Baru beberapa kali je nesa amalkan..Alhamdulillah..batuk dah kurang ;D

Kalau selsema, minumlah air suam banyak2..itu je nesa tau. Kalau susah nak hilang, makan ubatlah..tapi nesa x minat ubat..kelat tekak!eykk! X(

Jadi, sebelum dijangkiti kite haruslah mengelakkannye..ahaha..macam doktor plk. Bersenam dan banyak makan sayur/buah2..Nesa pun dah slalu senam erobik..ari 2 beli cd Berty Tilarso..ok jgk die ajar erobik, senang nak ikut..kalau xde cd, chicken dance pn boleh..ehehe :D


Sihat dan kuat mcm kami..yeah! XD

Sunday, August 5, 2012

Setelah kau pergi~

Yahh..tu dia tajuk, macam lirik lagu. sekarang katil dalam bilik ni dah kembali single. lepas adik nesa kawin hari tu, tinggal la nesa sorang2 dalam bilik ni..sepi dan sendiri aku benci, bak kata dian sastro. Kalau dulu nesa suke sabotaj bile adik nesa ada pakwe baru, kes xnak dia kawin cepat lah..tapi kali ni dah sampai jodoh dia. nak buat macam mana.


Baru2 ni, nesa sempat singgah kat rumah adik nesa ngan suami dia. She looks hapy. I'm hapy for her. tapi, nesa x dapat tipu, memang nesa ade sikit cemburu. ye lah, dari kecik nesa dgn dia..kami sangat rapat..sangat! sekarang dia dah jadi milik orang lain. nesa rasa kosong. rasa lain. Ntah la..mungkin awal2 memang macam ni. mungkin :/

Kalau dulu bila balik bercuti kat rumah, kami berdua berborak sampai pagi. apa saje lah yang diceritakan. kisah masa kecik, kisah kawan2, kisah di kedai mak, kisah ayah menyakat aien. Dah lebih sebulan, rasa rindu pulak dgn semua 2.

Nesa masih boleh jumpa dia selalu. Rumah dia pun bukan jauh sangat. Cuma kadang2...dalam hati masih ada rindu..


Saturday, July 7, 2012

her BIG day!

Assalamualaikum semua! hehe..
Dah lama Nesa nak update entry ni, tapi agak bz
tak menyempat nak buat.
Kisahnya, lebih kurang 2 minggu lepas ada
kenduri kahwin kat rumah Nesa.
Bukan Nesa kahwin ye, tp adik Nesa ni ha..hehe


Itu dia pengantin baru..pewit.
Buat kenduri sangat penat.
Lagi2 Nesa dapat banyak tugas,
x cukup jadi photographer, amik gambar
sana sini, Nesa terpaksa tolong 
mak andam dan pada masa yg sama 
jadi runner beli barang2 yg x cukup. fuh
Adik-beradik x ramai, macam ni lah.
Tapi Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar :D

Ini suami dia..orang Pahang juga.
Kenal lebih kurang 2 tahun, bertunang dan kahwin :)




Mak ngan ayah pun nak tumpang bergambar kat pelamin.
Kata mak, dulu xde pelamin macam ni :P


Ha, itu pengapitnya..cik Sarah.


Yay..adik saya dah kahwin!
Moga bahagia selalu ya ;D


Saturday, June 30, 2012

Lance-percuma~

Semalam tamatlah exam terakhir Nesa..and actually itulah
satu-satunya exam yg nesa amik sem ni :P
Menandakan tamatnya tahun akhir Nesa di USM. Yihak!

Walaupun dah tamat tapi Nesa masih x boleh balik kampung
atas sebab2 tamak ilmu..lol XD
Plus, Nesa dapat tawaran buat free lance kat Penang ni.
buat character design dan animasi .
Memang peluang yg ditunggu-tunggu sgt!
yg paling bestnye, duit masyukk~ muahahha

Hari ni 1st day n i luv it~ :3






Tuesday, May 22, 2012

RINTIS 2012~

Semalam tamat le pameran projek seni yang Nesa duk
cerita tu..Nesa sangat hepy dan lega! ^^

So, inilah booth Nesa. Nesa buat komik peribahasa.
Ada versi buku dan interaktif. Tajuknya, 
CUCU-CUCU TOK WAN! :D








Terima kasih kepada yang sudi berkunjung.
yang amik name card jgn lupe offer job kat Nesa..ngehehe XD





Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru!

Dear cikgu,
mungkin cikgu dah x kenal Nesa lagi.
Tapi Nesa selalu ingat cikgu.
Sebab cikgulah yang bagi semangat untuk Nesa
terus belajar. Nesa bukan pelajar cemerlang.
Tapi, mungkin sebab kepercayaan yang
cikgu tunjukkan kepada Nesa, buat
Nesa teringin jadi pelajar cemerlang.

 Nesa masih ingat,
cikgu sebut2 perkataan menara gading.
Ya, Nesa sudah pun sampai.
Tak lama lagi Nesa akan bawa 
pulang segulung ijazah.
InsyaAllah..


Terima kasih kerana menjadi inspirasi 
Nesa selama ini ;)


Saturday, May 12, 2012

Dah tak lama dah!!!

RINTIS! my final year exhibition!
hanya tinggal seminggu saje lagi!
omg! rasa gembira ada bercampur
dengan debaran panah asmara! 
lol~ apakah XD


Tapi, seriously..
Nesa sangat excited menanti!
Kalau korang duduk kat Penang,
dengan suka hati Nesa nak
jemput datang ke pameran ni.
Jemput datang~ lai lai~~ :3

Saturday, May 5, 2012

Cakap2 Temerloh! : #1,2,3

Nesa asal daripada Temerloh, Pahang.
Nesa buat post ni untuk share keunikan loghat orang kampung Nesa :D
Disebabkan post2 cakap2 Temerloh Nesa kena remove
masa kena hacked hari 2, so Nesa akan post skali lagi!
Yeahhh!! Jom blajar cakap2  Temerloh! ;D

#1. cope


"cope" bunyinya : co= comel, pe= perak
Maksudnya, sesuatu barang yang diletakkan
terlampau penjuru atau hampir2 jatuh.
Contoh ayat: "ei, gelas tu 'cope' sangat nanti jatuh"

#2. jabei


""jabei" bunyinya : ja=jarum, be(i)=belok
Maksudnya, plastik yang selalu kita dapat
bila beli sayur/ yang banyak kat pasar malam tu.
Contoh ayat: "amboi, 'berjabei-jabei' barang awk beli yak"


#3. Aok/aokme dan koi/kome


Aok dan aokme..adalah kata ganti nama bagi awak dan
awak semua. Koi dan kome pula adalah kata ganti nama
untuk saya atau aku.
Contoh ayat: " Aok nak gi mane te? Koi nak ikut boleh?"


Ok, faham ke 2? mana tau nanti datang Temerloh boleh guna :P


Friday, May 4, 2012

Akak Fasilitator~

Minggu lepas sekumpulan pelajar Form 6 dari Kuantan
datang melawat USM. Nesa adalah salah seorang
fasilitator yang bertugas..
Gembira betul dorang bile Nesa dan kawan2
bercerita pasal pengalaman belajar kat USM :D






Bermula di USM - Bukit Bendera - Chowrasta - Queensbay.
Hari kedua adalah hari paling memenatkan. fuh!
3 hari bersama dengan dorang memang pengalaman yang best!
Bermacam soalan yg dorang tanya.
Tiba2 terasa nak jadi cikgu sekolah pulak. ahaks XD